Ada dua pasar terapung yang terdapat di Tumpat, Kelantan. Pasar tersebut ialah Pasar Terapung Pulau Suri dan Pasar Terapung Seri Tanjung. Pasar ini beroperasi setiap hari Jumaat dan hari Sabtu mulai jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Kita boleh ke pasar terapung ini dengan menaiki bot dari Pengkalan Pok Majid atau Pengkalan Kuala Besar. Tambang bot yang dikenakan adalah sebanyak RM5 seorang satu hala dari Pengkalan Pok Majid dan RM2 seorang dari Pengkalan Kuala Besar. Perjalan mengambil masa selama lebih kurang 40 minit. Bayaran masuk ke pasar terapung pula dikenakan RM2 seorang.
Ещё видео!