Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, pada 14 Sept 24.
Sempena istiadat ini sebanyak 5 Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong diarak oleh kontinjen dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM) melibatkan Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Armor Diraja (KAD) di samping Panji-Panji Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
#pertahanan #DaulatTuanku #PanjiAgong #panjipanji #ATM #Putrajaya #airtimes
Ещё видео!