SIARAN TV ANALOG TELAH DITUTUP.
Kerajaan Malaysia telah menutup semua siaran tv analog secara berperingkat. 31 Oktober 2019 adalah tarikh terakhir siaran tv analog di Sabah Sarawak akan ditutup.
Semua penonton perlu beralih ke siaran tv digital yang boleh ditonton melalui sambungan dekoder atau melalui tv yang telah siap sedia dekoder terbina.
Dekoder MYTV ada yang PERCUMA dan ada yang perlu beli iaitu dekoder MYTV Advance. Juga terdapat dekoder dari pengeluar lain selain dari MYTV.
Apa beza dekoder MYTV PERCUMA ini dengan dekoder MYTV Advance?
Tidak banyak bezanya. Tonton sendiri video penerangan ini supaya tuan/puan lebih faham. Dekoder MYTV MYFREEVIEW PERCUMA ini diberikan kepada 4 juta penerima BR1M/BSH.
Dekoder MYTV MEYFREEVIEW Advance boleh dibeli di kedai-kedai elektrik berdekatan pada harga yang munasabah.
Penonton perlu memastikan dekoder MYTV yang dibeli mempunyai logo MCMC bagi mengelakkan ditipu oleh penjual. Dekoder MYTV MYFREEVIEW PERCUMA dan dekoder MYTV MYFREEVIEW ADVANCE ori akan didatangkan dengan JAMINAN KEROSAKKAN selama 1 tahun.
Ia berbeza dengan dekoder tanpa pengesahan MCMC yang biasanya JAMINAN KEROSAKKAN hanya diberikan selama 2 bulan sahaja.
======================
DEKODER MYTV PERCUMA
======================
S) Siapa yang layak untuk menerima dekoder MYTV PERCUMA ini?
J) Kerajaan telah memilih seramai 4 juta penerima yang layak dari senarai BR1M/BSH. Semua penerima dekoder MYTV PERCUMA yang layak akan menerima dekoder ini melalui pos.
----------
S) Saya adalah penerima BR1M/BSH, tetapi kenapa saya tidak layak?
J) Untuk makluman, jumlah keseluruhan penerima BR1M/BSH di seluruh negara adalah seramai 6-7 juta orang. Kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memberikan semua penerima BR1M/BSH dekoder MYTV PERCUMA.
Kerajaan hanya dapat memberikan sebanyak 4 juta sahaja dekoder MYTV PERCUMA ini. Senarai penerima BR1M/BSH yang terpilih untuk menerima dekoder MYTV PERCUMA akan dipilih dari senarai pendapatan terbawah sehingga senarai ke 4 juta.
Jika tuan/puan penerima BR1M/BSH tetapi tidak tersenarai sebagai penerima dekoder MYTV MYFREEVIEW PERCUMA, ini mungkin tuan/puan adalah dari senarai 4 juta ke atas.
Jumlah penerima BR1M/BSH yang tidak layak menerima dekoder MYTV PERCUMA adalah seramai 3 juta orang.
----------
S) Bagaimana untuk menyemak senarai penerima Dekoder MYTV PERCUMA ini?
J) Tuan boleh semak sendiri melalui SMS. Sila klik link di bawah;
[ Ссылка ]
----------
S) Saya sudah semak dan saya adalah penerima Dekoder MYTV PERCUMA. Tetapi bagaimana saya mahu mengambilnya?
J) Tahniah! Tuan/puan tidak perlu mengambilnya. Semua dekoder MYTV PERCUMA akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan di dalam sistem BR1M/BSH. Ia akan mengambil masa untuk proses penghantaran.
----------
S) Saya sudah bertukar alamat. Apa yang perlu saya buat?
J) Tuan/puan boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV untuk memaklumkan perkara tersebut. Sila hubungi talian ini 1-300-80-6988.
----------
S) Saya sudah menunggu selama sebulan, tetapi masih tidak ada dekoder MYTV PERCUMA di pos ke rumah saya. Apa perlu saya buat?
J) Tuan/puan boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV untuk memaklumkan perkara tersebut. Sila hubungi talian ini 1-300-80-6988.
----------
S) Saya tidak layak sebagai penerima dekoder MYTV MYFREEVIEW PERCUMA. Boleh ke saya buat rayuan?
J) Tidak boleh. Senarai penerima adalah bedasarkan senarai penerima BR1M/BSH. Tuan/puan hanya boleh mengemaskini data penerima BR1M/BSH sahaja.
----------
S) Jika saya nak beli dekoder MYTV ini boleh ke?
J) Ya, boleh. Tuan boleh beli dekoder MYTV MYFREEVIEW Advance di kedai-kedai elektrik berdekatan. Tuan juga boleh membeli secara online. Klik link di bawah
[ Ссылка ]
----------
S) Adakah siaran digital MYTV MYFREEVIEW ini ada bayaran bulanan?
J) Tidak ada bayaran bulanan. Siaran digital MYTV MYFREEVIEW ini adalah percuma sama seperti siaran sebelum ini. Cuma kualiti siaran digital adalah jauh lebih baik dari siaran sebelum ini.
----------
S) Jika saya tidak mahu menggunakan dekoder ini, masih boleh ke saya menonton siaran tv biasa?
J) Mulai 31 Oktober 2019, semua siaran biasa (analog) akan ditutup sepenuhnya. Namun jika tuan/puan tidak mahu menonton siaran digital melalui dekoder, ada 2 cara lagi untuk mendapatkan siaran digital ini.
a) Tuan/puan boleh menonton siaran digital MYFREEVIEW ini melalui sambungan internet.
b) Tuan/puan boleh menonton siaran digital MYFREEVIEW ini melalui langganan bulanan siaran tv satelit.
----------
S) Berapa jumlah siaran MYFREEVIEW yang ada.
J) Jumlah siaran MYFREEVIEW setakat Oktober 2019 adalah sebanyak 13 siaran tv dan 6 siaran radio. Jumlah siaran ini akan ditambah dari masa ke semasa secara berperingkat.
Pada masa akan datang, kerajaan juga akan memperkenalkan siaran khusus berbayar untuk penonton yang mahu menonton siaran tertentu. Ia akan diperkenalkan pada masa akan datang.
#dekoder
#mytv
#myfreeview
#digital
Ещё видео!