Dianggarkan setengah juta orang atau 2.3 peratus penduduk di negara ini menghadapi masalah kesihatan mental seperti kemurungan, impak situasi pandemik COVID-19.
Timbalan Menteri Kesihatan Dua, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia melibatkan individu berusia 16 tahun keatas.
Sumber data PDRM juga menunjukkan peningkatan ketara kejadian kematian akibat bunuh diri iaitu sebanyak 81 peratus kenaikan pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.
Menyedari lonjakan itu, kementeriannya sentiasa memantau masalah tersebut.
Tindakan proaktif telah diambil Kementerian Kesihatan bagi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan mental sedia ada kepada masyarakat.
Antaranya, mempergiatkan kempen "Let’s TALK Minda Sihat" iaitu mempertingkat kesedaran kesihatan mental dan memperluas perkhidmatan kaunseling di peringkat kesihatan primer.
Ещё видео!