PERINGATAN: Untuk mengundi pasangan pilihan anda, sila ke [ Ссылка ]
—————————————
Memasuki episod keenam Lagu Cinta Kita musim dua, kedudukan setiap pasangan dalam pertandingan kini jelas kelihatan. Syafiq & Serra, Adly & Darling serta Hafiz & Mafa mendominasi tangga teratas. Diikuti Khareez & Nadeera, Iss Arffan & Mya, Kael & Evie dan Amir & Balqis.
Pada minggu lalu, ‘bottom three’ diduduki Ariff & Hidayah, Syahmi & Yazmin serta Fariqwan & Mina. Namun, yang terselamat untuk meneruskan perjuangan mereka hanyalah Fariqwan & Mina.
Untuk minggu ini, pasangan manakah yang akan berada di tangga tercorot? Dan mampukah Top 3 mengekalkan kedudukan mereka? Nantikan jawapannya Ahad ini di TV3, jam 9 malam. Anda juga boleh strim secara langsung di saluran YouTube TV3Malaysia.
#LaguCintaKita2
![](https://i.ytimg.com/vi/1Tmc3B8f4_E/maxresdefault.jpg)