Ini adalah video penerangan ringkas tentang Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Kulinari).
Berikut adalah ringkasan video :
1) Kursus terbuka kepada semua yang berusia 16 tahun ke atas.
2) Kursus yang dijalankan di IPTSkills menggunakan Sistem Single Tier atau Tahap Tunggal yang menggabungkan dua (2) atau lebih tahap latihan kemahiran dalam laluan program ini.
3) Penggabungan ini dapat menjimatkan masa pembelajaran pelajar kerana ianya mengambil masa hanya 15 bulan untuk ditamatkan.
4) Pelajar menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan berpeluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang kulinari ataupun melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
5) Antara lain pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik masakan Melayu, Cina, India & Barat (Western). Pelajar juga akan dilatih dalam pengendalian kebersihan, keselamatan dapur dan pengendalian makanan; penyediaan stok, sup dan sos panas; penyediaan sarapan pagi, pembuka selera (appetizer) dan pencuci mulut (dessert) serta pengurusan pentadbiran katering dan acara.
__ Maklumat IPTSkills __
#iptskills #sijilkemahiranmalaysia #skillsmalaysia #skm #kemahiran
Nak sertai kami?
- [ Ссылка ]
Nak tahu program yang kami ada?
- [ Ссылка ]
IPTSkills adalah kolej milik bumiputera Melayu 100% yang diiktiraf 5 BINTANG ada menjalankan kursus-kursus seperti SKM Penyediaan & Pembuatan Makanan, pentadbiran pejabat, pengajar vokasional dan kursus-kursus pendek melibatkan bidang pengurusan dan hospitaliti.
Terletak di Mutiara Damansara, akses fasiliti seperti bas dan MRT tersangat mudah. Bagi mereka yang inginkan gaya hidup kontemporari dan moden, IKEA, the Curve, One Utama dan pelbagai pusat beli-belah berdekatan membolehkan anda menikmati pembelajaran yang menyeronokkan seterusnya meninggalkan pengalaman yang manis untuk dikenang…
IPTSkills..teman pengajian anda!!
Jom Daftar Hari Ini!!
Nak follow kami?
Instagram : [ Ссылка ]
Facebook : [ Ссылка ]
Facebook Studio Kulinari : [ Ссылка ]
Tiktok : [ Ссылка ]
Ещё видео!