13 Ogos 2023, Gombak - Program Jalinan Kasih bersama penduduk Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak telah dilaksanakan pada hari ini di perkarangan Balai Raya Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak.
Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar daripada Fakulti Farmasi dan Fakulti Sumber Manusia, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dengan kerjasama Yayasan Taqwa-MAIWP.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama para penduduk setempat seperti demostrasi kebersihan penjagaan gigi yang disampaikan oleh wakil daripada Unit Pergigian, Hospital Orang Asli Gombak, aktiviti mewarna dan sukaneka untuk kanak-kanak serta sukan rakyat untuk kaum ibu. Selain itu program turut diserikan dengan acara cabutan bertuah kepada semua peserta yang berdaftar.
Yayasan Taqwa-MAIWP telah menyumbang keseluruhan sebanyak RM19,350.00 bagi tujuan sumbangan tunai dan bakul makanan kepada 75 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kalangan B40 dan juga makan minum peserta dan penduduk sepanjang program sehari di sini.
Turut bersama pada majlis penyerahan sumbangan adalah Prof. Dr. Wan Azizi Bin Wan Sulaiman, Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Puan Nurul Wahieda Binti Mohd Noor, Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Asasi Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dan Pn Raudhah binti Kursus @ Othman, Ketua Unit Dakwah Yayasan Taqwa-MAIWP.
Semoga usaha dan sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kepada semua penerima.
#KitaSantuni
#YayasanTaqwaMAIWP
Ещё видео!