Pantai Pengkalan Balak terletak tidak jauh dari Pantai Tanjung Bidara. Ia berada di dalam daerah Alor Gajah.
Pesisir pantai pengkalan balak yang bersih mempunyai keindahan dan tarikan yang tersendiri. Kampung kampung nelayan yang tersusun di persisiran pantai melaka menjanjikan pengalaman percutian yang mendamaikan.
Kita berpeluang menyaksikan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang petang hari sambil menyaksikan permandangan matahari terbenam di Selat Melaka.
Jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk kota. Pantai ini terletak berdekatan dengan sebuah kem tentera, Kem Terendak. Dan di sinilah juga tempat Akademi Laut Malaysia (ALAM) terletak.
Banyak chalet dan homestay di dirikan di tepi pantai, betul betul menghadap ke laut untuk sewaan pelancong yang mahu mandi manda dan berkelah di tepi pantai.
Walaupun kawasan ini terletak jauh dari Bandar Melaka, ada juga pelancong yang menghabiskan cuti hujung minggu mereka di sini. Terutama sekali pada cuti sekolah.
#malaysia #fawwazmedia
Ещё видео!