[WACANA SINAR] Jangan sampai jadi politik perkauman!
Serangan ‘molotov cocktail’ ke atas kediaman Ahli Parlimen Beruas minggu lalu, kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kesetiaan masyarakat India Malaysia dan lain-lain babak barangkali merupakan sebahagian episod politik negara ini yang didakwa sarat dengan unsur kaum dan agama.
Dalam negara yang berbilang bangsa, budaya dan adat resam, semangat saling hormat begitu penting namun kecenderungan berpolitik kepartian yang terlalu kuat akan jadi pencabar kepada agenda harmoni dan idea perpaduan.
Adakah semua perkara mahu dilihat dari kaca mata politik kepartian? Bagaimana mengurus perbezaan agar ia tidak bertukar menjadi kebencian? Bersediakah parti-parti politik menurunkan ego demi agenda nasional yang lebih besar?
Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan ini dalam Wacana Sinar edisi 428, "JANGAN SAMPAI JADI POLITIK PERKAUMAN!" sekarang di semua platform digital Sinar Harian.
#SinarHarian #WacanaSinarHarian #sinarterkini
TIMECODES
0:00 - Intro
3:09 - Perlu perjelaskan apakah politik perkauman tidak wujud
8:51 - Apa jaminan kempen politik PN tidak didasari dengan elemen kebencian
16:49 - Reaksi pemimpin PH berkaitan pelantikan pakar bukan Islam
25:17 - Sudah tertanamkah sifat kebencian dalam jiwa sebahagian kecil masyarakat Malaysia?
29:41 - Adakah punca pertelingkahan bermula dari pemimpin?
34:02 - Slogan 'PAS for All'
39:44 - Pas optimis bawa perubahan pada generasi muda
42:30 - Pengundi sudah muak, kini masa tunaikan janji
51:47 - Di Sabah dan Sarawak lebih harmonis dari segi politik?
56:46 - Apa yang ingin dicapai Kerajaan Perpaduan ketika ini dari perspektif PN?
1:00:52 - Perikatan Nasional menjadi pembangkang yang baik?
1:03:58 - End credits
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Ещё видео!