Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan berlari sejauh 200 kilometer demi melawan politik balas dendam yang dimainkan kerajaan.
Ahli Parlimen Muar itu berkata dengan tiada peruntukan diberikan kepada wakil rakyat pembangkang, rakyat terbanyak yang menjadi mangsa.
“Ini bukan soal rundingan lagi tetapi ini soal politik balas dendam ingin menghukum rakyat yang susah di kawasan pembangkang.
“Sudah runding berkali-kali. Hantar surat sudah tiga kali. Ini perkara yang salah dan kita perlu tentang bersama,” katanya.
Syed Saddiq berkata demikian selepas berjaya mengharungi larian sejauh 200 kilometer di pintu masuk Parlimen hari ini.
Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:
[ Ссылка ]
[ Ссылка ]
[ Ссылка ]
#TvPertiwi
Ещё видео!