30 Mac 2011 - Sesi Soalan - MP PAS Hulu Langat
2. Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sejauh mana kejayaan penggunaan Teknologi Nano di Malaysia dan bidang-bidang yang terlibat.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya yang pertama, dalam semasa lawatan kami Ahli-ahli Parlimen ke Korea, kami dibawa melihat institut nano teknologi yang banyak membuat kajian mengenai metalurgi ataupun kecairan logam menggunakan mikroskop.
Jadi saya, berterima kasihlah ataupun ucap tahniah kerana kita juga bercadang untuk mendirikan Pusat Nanoteknologi di Iskandar. Kedua -- maaf, soalan selanjutnya, saya difahamkan sekarang ini satu material nano yang penting, yang digunakan dalam berbagai-bagai bidang seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi iaitu nano silver yang digunakan untuk
merencatkan perkembangan pertumbuhan bakteria, fungus dan sebagainya iaitu dalam hal menjaga kesihatan ataupun menjaga supaya makanan kita sentiasa terjaga. Untuk mengelakkan daripada food poisoning dan banyak juga digunakan dalam menyalut bahan elektronik, karbon, blocks, textile matter dan sebagainya. Adakah kita mampu menghasilkan nano silver ini di
Malaysia? Sekian, terima kasih.
Ещё видео!