Permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ditolak berikutan kegagalannya mematuhi peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), berkaitan dengan perlembagaan parti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata antaranya intipati dalam perlembagaan kedua-dua parti yang tidak teratur serta tidak spesifik.
Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan dalam perlembagaan parti yang disertakan menerusi permohonan MUDA ialah tidak menyatakan had usia maksimum ahli parti.
Katanya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepatutnya membaca terlebih dahulu permohonan pendaftaran partinya sebelum menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara (RoS) dan menteri atas kegagalan mendaftarkan MUDA.
Beliau berkata pada satu sidang media khas mengenai penolakan permohonan pendaftaran MUDA dan PEJUANG hari ini.
[ Ссылка ]
---------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news [ Ссылка ]
Please like [ Ссылка ]
Please follow [ Ссылка ]
And also our [ Ссылка ]
Ещё видео!