RESEPI LENGKAP di Laman Web Nasser's Kitchen: [ Ссылка ]
Stew daging lembu ialah satu masakan yang digemari ramai tetapi selalu dianggap sebagai satu masakan yang rumit. Sebenarnya Stew daging lembu atau beef stew amat mudah disediakan cuma proses memasak mengambil masa yang agak lama.
Yang penting ketika memasak stew daging lembu atau beef stew ialah:
1. Memilih daging yang sesuai untuk dibuat stew, iaitu daging yang agak liat seperti bahagian ekor, betis , tulang rusuk dan tulang tengkuk.
2. Tidak berebut-rebut semasa menumis bawang, saderi dan lobak merah. Jika tidak cukup masak, hasil stew daging lembu tidak akan memuaskan.
Selamat mencuba!
Camera : Sony ZV-E10 [ Ссылка ]
Mic : Boya M1 [ Ссылка ]
Monitor : Viewsonic 32" [ Ссылка ]
VIDEO POPULAR DI CHANNEL
=========================
SOTONG GORENG KUNYIT (2020) [ Ссылка ]
Ikan Masak Singgang Serani ( Pindang Serani ) [ Ссылка ]
Resepi Aglio Olio Simple [ Ссылка ]
Makaroni Cheese Bakar (2020) [ Ссылка ]
TEKS PENUH VIDEO
================
Selamat datang ke Nasser's kitchen. Saya Nasser dan resepi hari ini ialah Stew daging atau Beef stew.
Satu masakan yang ramai ingat susah dan rumit tetapi sebenarnya sangat mudah.
Tonton video ini sampai habis untuk dapatkan tips-tips saya untuk membuat stew daging macam ni!
Tanpa berlengah lagi, JOM kita ke dapur!
Panaskan minyak masak dan tambahkan sedikit minyak zaitun extra virgin.
Kita mulakan bahan tumisan kita dengan bawang holland yang dipotong halus. 700g
Kacau rata dan masak sehingga layu
Tambahkan celery 350g
Goreng hingga lembut
Bila bawang mula berwarna kuning tambah
100g bawang putih yang dicincang halus
Pastikan tak ada yang tertinggal
ratakan bahan tumisan
Peringkat tumisan amat penting dan akan menentukan sama ada stew and menjadi
Kemudian kita tambah 350g carrot yang di potong kasar. Carrot ini nanti kita akan keluarkan bila sudah 70% masak.
Tiga bahan ini, bawang, celery dan carrot adalah bahan asas untuk pelbagai masakan barat khususnya dari Perancis dan dikenali sebagai mirepoix
Ratakan dan masak lagi 5-8 minit.
Sekarang kita tambah daging. Dalam resepi saya , saya gunakan 3 jenis daging. Yang pertama daging ekor lembu.
Di ikuti danging betis atau shin dan akhir sekali daging tulang tengkuk atau rusuk lembu.
Untuk masak stew kita perlu gunakan daging yang sesui iaitu daging-daging yang agak liat seperti ekor dan betis.
Jangan gunakan daging yang lembut dan cepat masak macam daging batang pinang atau steak.
Sekarang kita tambah air secukupnya untuk merebus daging. Biarkan 20 minit.
Sisa rebusan yang timbul ke atas ini kita perlu buangkan supaya air rebusan kita tidak berkeladak.
Cedukkan sedikit demi sedikit
Kita tambah 4 kiub pati lembu dan kacau rata
Tambah 4 sudu besar kicap manis, saya gunakan kicap Enaq.
1 sudu besar serbuk papprika
3 sudu besar lea & Perrins sauce
2 helai daun salam
3 sudu besar lada hitam yang baru ditumbuk atau dikisar. Kalau boleh jangan guna serbuk lada hitam.
1 1/2 sudu kecil Italian herbs
6 sudu kecil tomato puree
Renihkan untuk 1 jam
Keluarkan carrot supaya tidak terlalu lembik ,dan ketepikan. Kalau nak tinggalkan sedikit pun boleh.
Masukkan 300g kentang
1 Tin cendawan butang
Kacau dan ratakan.
Renihkan 1 jam lagi
Tambahkan 1 tin baked beans
Masukkan balik carrot
Tambah 3 biji tomato dipotong 4
Untuk pekatkan kuah stew kita kita gunakan satu campuran mentega dan tepung yang dipanggil roux.
Cairkan 50g mentega dengan api yang perlahan
Bila dah cair kita tambah 50g tepung gandum
Kacau rata
Masak sehingga kuning pucat
Ketepikan dan biarkan sejuk. Bahan ini juga digunakan dalam resepi Sos Black pepper saya, link di atas.
Tambahkan 2 sudu besar campuran mentega dan tepung.
Kacau rata-rata.
Kuah stew akan bertambah pekat.
Akhir sekali kita tambah kacang peas.
Renihkan 5 minit
Stew Daging SIAP!
Selamat mencuba!
* SUBSCRIBE:
[ Ссылка ]
![](https://i.ytimg.com/vi/8d6IJ95ssYo/maxresdefault.jpg)