"Hakikatnya bukan suatu yang mudah untuk mengurus kepelbagaian dan perbezaan yang wujud dalam sebuah negara. Ini kerana, setiap sesuatu perkara akan cenderung untuk dilihat serta ditafsirkan dari sudut yang berbeza.
Perpaduan dan kebersamaan hanya boleh diwujudkan apabila setiap anak watan berdiri megah sebagai satu bangsa yang merentasi setiap perbezaan.
Bagi mewujudkan suasana tersebut, rakyat dan pemimpin di setiap lapisan tidak boleh hanya memeluk tubuh dan mengiimpikan kejayaan. Usaha jitu perlu diambil bagi meruntuhkan apa juga benteng pemisah yang menjadi penghalang kepada perpaduan."
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Sumber: Berita Nasional RTM Rasmi, BERNAMA
#AgongKita
#DaulatTuanku
#JabatanPenerangan
#SayangiMalaysiaku
#MalaysiaBersih
#KemakmuranBersama
#KitaMalaysia
#Malaysia
Ещё видео!