Pembahagian kerusi di Semenanjung antara parti komponen Perikatan Nasional untuk PRU15 telah dimuktamadkan hari ini.
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu dicapai atas semangat setia kawan, saling menghormati, bertoleransi serta memberi ruang dan peluang kepada semua pihak dalam PN.
Katanya semua jentera Bersatu, PAS dan Gerakan telah diarahkan untuk mengatur langkah secara bersama bagi memperkukuhkan jentera PN dalam menghadapi pilihan raya itu.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menafikan sebarang perbincangan sedang berjalan dan telah membuat keputusan akan meneruskan inisiatif dengan gabungan dalam parti itu sahaja.
Perikatan Nasional telah memuktamadkan pembahagian kerusi antara parti komponen dan ia akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.
Namun, Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata rundingan kerjasama politik dan kerusi PRU15 antara Gerakan Tanah Air dengan Perikatan Nasional masih berlangsung dan belum dimuktamadkan.
Pihaknya memberi masa dua hari kepada Perikatan Nasional untuk menyelesaikan rundingan itu sebelum senarai penuh calon Gerakan Tanah Air diumumkan pada 2 November ini.
Ещё видео!