14 Jun 2011 - Sesi Soalan - MP PAS Bukit Gantang
6. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [Bukit Gantang] minta Menteri
Pertahanan menyatakan apakah usaha serta langkah kerajaan dalam memanfaatkan tenaga serta kepakaran bekas-bekas tentera khususnya mereka yang tamat perkhidmatan pada umur 40-an.
Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [Bukit Gantang]: Tuan Yang di-
Pertua saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun menjawab dan kemudiannya memberikan rangsangan dan tahniah kepada saya dan rakan-rakan yang bertanding dalam pemilihan parti baru-baru ini. Saya juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri kerana Parti UMNO juga gentar dan takut terima kasih membuat pemilihan dan akhirnya ditangguh. [Disampuk] Jadi tahniahlah kerana takut. Kalau boleh ditangguhkan lama lagi, lagi elok. Tahniah.
Keduanya saya dengar tadi bahawa di tempoh peralihan itu bakal-bakal bekas tentera ini diberikan segala-gala kemudahan untuk mereka terlibat dalam program selepas mereka bersara. Malangnya soalan yang ditanya oleh ramai tadi rujukan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat menunjukkan bahawa ianya penting. Kesan daripada peralihan itu barangkali tidak sesempurnanya. Maka soalan tambahan saya, dengan menyedari bahawa kedamaian juga kebaikan negara hari ini adalah hasil usaha
pengorbanan angkatan tentera. Hari ini tidak kurang 150,000 seluruh negara mereka telah berkhidmat sepanjang tidak kurang 21 tahun.
Ещё видео!