Video kali ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang bahaya 'ubat kuat'
Sekaligus memberi kesan kepada kesihatan lelaki.
Teruskan menonton sehingga tamat.
Kebanyakan ubat kuat dikesan mengandungi campuran bahan terlarang yang boleh mengganggu kesihatan seperti sakit jantung.
Malah lebih teruk lagi ia juga mampu meragut nyawa seseorang!
Mengapa Lelaki Suka Ubat Kuat tenaga batin?
Kebanyakan rakyat Malaysia masih menganggap soal hubungan intim atau seks sebagai taboo, maka ia tidak dibicarakan secara terbuka.
Ada juga yang enggan mendapatkan bantuan dari pakar kesihatan meskipun menyedari wujudnya masalah dalam hubungan seks bersama pasangan.
Penyelesaian yang dianggap ‘terbaik’ bagi mereka adalah membeli kesan ubat kuat yang banyak dijual secara dalam talian (online) atau pasar malam dan di kaki lima.
Lambakan iklan ubat kuat yang dijual tanpa kawalan memudahkan sesiapa sahaja, termasuk golongan remaja mudah untuk memilikinya.
#Ubat #Kuat #DrIsmailTambi
![](https://i.ytimg.com/vi/Aoy6_R6Y0BU/maxresdefault.jpg)