Tourism Malaysia akan mempertingkatkan kempen promosi sektor pelancongan dalam membantu pemain industri menarik pelancong domestik.
Ia bagi memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan industri yang terjejas teruk ekoran pandemik COVID-19 sejak tiga bulan lalu.
Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin berkata, beliau menerima laporan mengatakan ada segelintir penggiat industri pelancongan yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu berdepan dengan cabaran terbabit.
Situasi sama turut berlaku apabila pengusaha chalet di pulau sekitar Terengganu dan Taman Negara terpaksa menggulung tikar akibat kemerosotan pendapatan.
Jelasnya, bagi mengatasi masalah itu daripada berlanjutan, Tourism Malaysia seringkali mengadakan sesi perbincangan dalam talian untuk mendapatkan maklumbalas serta pendekatan terbaik dalam membantu pengusaha terbabit memulihkan kembali sektor berkenaan.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengikuti program misi kemanusiaan bantuan bakul makanan asas kepada masyarakat orang asli di RKB Sg Rual, Jeli.
#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#KomunikasiKita
#StayAtHome
#JabatanPenerangan
Sumber: Berita RTM
Ещё видео!