Saya *blushing* ketika merekod video ini 😂😂😂 !!! Tetapi saya terpanggil untuk membuat video ini sebagai seorang ahli farmasi (specifically, ahli farmasi lelaki, jadi saya faham 'situasi' para lelaki di luar sana yang ingin menggunakan ubat jenis ini untuk mendapatkan kepuasan ehem ehem bersama pasangan) kerana banyak benda yang anda semua tidak sedar tentang bahaya menggunakan produk yang tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sildenafil (Vigara) dan Tadalafil (Cialis) adalah ubat terkawal yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan seksual seperti mati pucuk atau nama lainnya impotens / Erectile Dysfunction (ED). Penggunaan ubat ini memerlukan pengawasan yang teliti daripada pengamal perubatan yang berdaftar dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh orang awam.
KKM juga ingin menasihati orang ramai supaya berwaspada sebelum membeli sebarang produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian serta memastikan produk-produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli di pasaran adalah berdaftar atau bernotifikasi.
Orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my / ATAU dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400. Selain itu, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store bagi menyemak status pendaftaran produk tersebut.
Orang ramai termasuk pihak media digalakkan untuk mengemukakan laporan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk yang meragukan sebagai usaha bersama pihak kementerian untuk membanteras penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam.
Laporan dan maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang [ Ссылка ] ATAU melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat [ Ссылка ]. ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk ini di pasaran.
![](https://s2.save4k.ru/pic/Bis4fC5jCu0/mqdefault.jpg)