Perikatan Nasional (PN) sudah menyelesaikan rundingan 97 peratus atau 240 daripada 245 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) di enam negeri sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata terdapat lima atau enam lagi kerusi yang belum selesai dan dijangka dapat diselesaikan sebelum pembubaran DUN.
Selain Terengganu, lima lagi negeri yang akan mengadakan PRN adalah Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar mengesahkan hanya satu daripada 32 kerusi DUN di Terengganu belum selesai diagihkan.
Mengulas mengenai calon, Ahmad Samsuri berkata, perbincangan mengenai calon untuk semua kerusi yang akan ditandingi PAS di enam negeri akan diadakan Selasa.
Ahmad Samsuri berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikanProgram ESG Affairs 2023 dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Terengganu Inc dan Tenaga Nasional Berhad Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco), di kuala Terengganu pada Isnin.
Melalui MoU itu, Terengganu Inc dan TNB Genco akan melakukan kajian dan meneroka pembangunan loji tenaga solar fotovoltaik terapung berkapasiti 1,000 Megawatt (MW) di Tasik Kenyir.
------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
Ещё видео!