رواية ابن ذكوان عن ابن عامر - سورة يونس - صلاة الفجر في ميرو ماليزيا، جمادى الآخرة 1442هـ - صديق عارفين
08- Riwayat Ibn Zakwan dari Qiraat Imam Ibn ‘Amir - Surah Yunus - Solat Subuh di Meru Klang Malaysia, Februari 2021M - Sedek Ariffin
Nama penuh Ibn Zakwan ialah Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Zakwan. Dilahirkan pada hari ‘Asyura’ di Damsyiq pada tahun 173 Hijrah dan wafat pada hari Isnin dalam bulan Syawal tahun 242 Hijrah Ketika berumur 69 tahun. Rawi Ibn Zakwan diberi gelaran Abu Muhammad atau Abu Amru Al-dimasyqy. Beliau merupakan seorang Imam yang masyhur, thiqah dan syeikh qurra’ di dalam ilmu Qiraat serta seorang Imam di Masjid Jami’ Damsyiq. Beliau mengambil bacaan qiraat dari generasi kedua anak murid Imam Ibn 'Amir iaitu Ayub bin Tamim dari Yahya bin Haris dari Imam Ibn 'Amir. Al-Walid bin ‘Utbah al-Dimasyqy memberi komentar berkaitan rawi Ibn Zakwan, katanya “Bacaan ahli Iraq tiada yang setanding dengan Ibn Zakwan” pada zamannya. Ulama Qurra’ bersepakat mengatakan bahawa Qiraat Ibn ‘Amir ini menjadi bacaan al-Quran utama di Syam hampir 500 tahun pada zaman kegemilangannya.
Bacaan riwayat-riwayat yang lain, sila tonton di:-
[ Ссылка ]
Terima kasih.
![](https://i.ytimg.com/vi/DJTwbITJ64Y/maxresdefault.jpg)