Drama pendek tentang isu PENYEBARAN BERITA PALSU .Ia adalah tugasan berkumpulan dari pelajar Universiti Malaya tahun 1,subjek GIG1013 iaitu penghayatan etika dan peradaban.
SINOPSIS 'Penyebaran Berita Palsu'
Cerita ini terdapat 2 scenario yang berbeza. Scenario pertama mengisahkan seorang individu yang tidak dikenali telah menyebarkan kenyataan palsu di media sosial berkenaan kenaikan jumlah pesakit Covid-19 yang telah dikeluarkan oleh wakil Kementerian Kesihatan Malaysia. Kenyataan palsu tersebut akhir menjadi perbualan hangat dimedia sosial sehingga mencetus pembelian panik dikalangan masyarakat.
Scenario kedua mengisahkan Samad seorang anti-vaksin yang ragu kepada ayahnya untuk mengambil suntikan vaksin. Beberapa hari setalah itu, ayahnya didapati mengalami kesakitan dan sesak nafas dan akhirnya meninggal dunia. Samad merasa amat sedih dengan pemergian tersebut serta diselaputi perasan bencinya terhadap vaksin. Samad menceritakan kepada jirannya Upin tentang kematian ayahnya disebabkan vaksin dan menghasut Upin agar tidak mengambil suntikan vaksin. Setelah beberapa hari, Upin Bersama kakaknya telah dijangkiti virus covid19. Keadaan kesihatan Upin lebih teruk berbanding kakaknya disebabkan keengganan Upin yang tidak mengambil suntikan vaksin akibat mendengar hasutan Samad. Apabila Upin berlangsung pulih, dia pun berjumpa dengan Samad dan menceritakan hal terkena jangkitan covid19 tersebut. Selapas mendengar kata-kata Upin Samad pun memberitahu hal sebenar berkenaan kematian bapanya. Samad akhirnya, menyesali perbuatan itu.
![](https://i.ytimg.com/vi/DKUAUZRQLbs/mqdefault.jpg)