#Alfatihah #Pramlee
P ramlee Allahyarham P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Allahyarham Aziz Sattar mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Mei 2014, kira-kira jam 2.00 pagi di Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat penyakit jantung pada usia 88 tahun. Pada 2011, Allahyarham Jins disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau hilang ingatan dan tidak boleh bercakap. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 1 Mac 2017 jam 5.45 petang meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati. Mahmud Allahyarham Mahmud Jun menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis, 14 Februari 2002 pada pukul 5.50 petang ketika berusia 81 tahun dirumahnya di Kampung Laksamana, Selayang. Sebelum itu ,beliau dirawat di Unit Rawatan Jantung, Hospital Selayang kerana menghidap penyakit asma dan masalah paru-paru. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Selayang. Allahyarham A. Rahim meninggal dunia pada hari Isnin, 20 1992 dalam van miliknya di perkarangan Studio Merdeka, akibat serangan sakit jantung pada usia 62 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman Singapura Allahyarham S. Shamsuddin meninggal dunia pada jam 10.56 pagi Selasa, 4 Jun 2013 pada usia 84 tahun akibat pelbagai masalah kesihatan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di West Avenue 6, Bukit Batok, Jurong, Singapura.[3]
Ещё видео!