#BuletinBernama : Tiga pendaki, dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai, sesat selama sembilan jam di hutan itu sebelum ditemukan selamat tengah malam semalam.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) Datuk Salim Aman dalam kenyataan berkata ketiga-tiga lelaki berusia 20 hingga 30an itu dikesan selepas Operasi Mencari dan Menyelamat diaktifkan pada 4 petang melibatkan JPNJ, Balai Polis Kangkar Pulai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangkar Pulai serta Malim Gunung Perhutanan.
Ещё видео!