Pernah ke anda makan makanan viral durian crepe ni?
Sebiji pon dah mahal, apa kata anda buat sendiri je. Jimat, banyak pulak boleh makan.
Jom kita tonton resepi durian crepe dalam video ini.
Resepi Durian Crepe | Durian Crepe Recipe
Bahan-bahan Durian Crepe:
1 biji telur / 1 egg
4 sb tepung gandum / 4 tbsp wheat flour
2 sb tepung ubi / 2 tbsp tapioca flour
1 sb tepung kastard / 1 tbsp custard
1 sb tepung jagung / 1 tbsp corn flour
1 sb gula kastor / 1 tbsp castor sugar
1 sk minyak jagung / 1 tsp corn oil
40 ml susu segar / 40 ml fresh milk
150 ml air / 150 ml water
1 sk esen vanilla / 1 tsp vanilla essence
Sedikit pewarna kuning / yellow food colouring
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kacau sebati.
Panaskan kuali (non-stick pan), pastikan api perlahan, tuangkan 1 senduk bancuhan ke atas pan dan ratakan (lenggang je pan tu).
Biarkan sehingga permukaan crepe kering/masak atau menggelembung sikit. Kemudian angkat terus. (tak payah diterbalikkan)
Bahan-Bahan Inti Durian:
200ml susu segar / 200 ml fresh milk
1 sb gula aising / 1 tbsp icing sugar
1 sb tepung kastad / 1 tbsp custard flour
100gm isi durian / 100g durian
100ml krim putar bukan tenusu / 100 ml non-dairy whipping cream
* untuk inti durian, boleh juga anda guna isi durian fresh tanpa perlu masak. Tapi kalau isi durian tak berapa sedap, atau nak banyak untuk buat berniaga, bolehlah guna resepi ini.
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan.
Masukkan isi durian dan kacau sehingga sebati. Kemudian sejukkan.
Cream Filling :
Pukul whipping cream sehingga kental. ( stiff peak)
Pukul whipping cream semasa masih sejuk, atau ada ketulan ais sikit, supaya krimnya mudah untuk kental (bertanduk)
Cara melipat durian crepe:
Ratakan kulit crepe, yang licin di bawah.
Paipkan whipped cream ditengah.
Letakkan 1 sudu besar inti durian di atas whipping cream.
Paipkan lagi whipped cream untuk tutup inti durian.
Lipatkan kulit, jadikan seperti bantal.
[ Ссылка ]
Ещё видео!