Pusat pengumpulan ikan yang baharu siap dibina di Mersing, Johor akan beroperasi dalam waktu terdekat bagi menampung keperluan bekalan ikan pada musim tengkujuh.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, pihaknya menerusi Jabatan Perikanan Negeri Johor dan LKIM Johor sudah menyediakan bekalan mencukupi sepanjang tempoh itu.
Setakat ini, bekalan sedia ada ditempatkan di pusat pengumpulan ikan di Mersing dan Pantai Barat Johor.
Selain sumber laut, hasil-hasil tanaman juga mencukupi untuk digunakan pada musim banjir.
Beliau menyatakannya selepas merasmikan Program Kolaborasi antara syarikat Peneraju dan pengusaha tanaman serta industri asas tani di Johor Bahru.
![](https://i.ytimg.com/vi/EA8-I0wzYtc/maxresdefault.jpg)