Pantai Ban Pecah yang terletak di sepanjang antara Tanjung Piandang ke Kuala Kurau sepanjang lebih kurang 9 km. Sejak kebelakangan ini ia menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri Perak. Tak seperti pantai atau laut yang lain, Ban Pecah mempunyai keunikannya tersendiri.
Ban Pecah mempunyai sejarah atau lagenda sehingga diberikan nama sedemikian. Menurut penduduk setempat, tempat ini pada asalnya merupakan sawah padi yang luas terbentang. Hakisan pantai dan ombak yang besar telah memusnahkan sawah dan sebahagian tanah penduduk dan kini di bina satu Ban yang lebih kukuh untuk memisahkan lautan dan daratan.
Pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seisi keluarga seperti berkelah, bergambar berlatarkan laut dan pantai yang indah, Berbasikal dan Menunggang Atv, bermain Layang-layang, Melihat Matahari Terbenam, Bermandi-manda, Menikmati makanan laut terutama Mi Udang, Menginap dengan Suasana Desa, dan yang paling best pada kaki pancing adalah memancing dan menjala ikan.
Jom ajak keluarga, pasangan dan rakan-rakan ke Ban Pecah untuk merasai suasana pantai dan desa di sini. Banyak aktiviti santai yang dapat mententeramkan jiwa anda di sini yang boleh anda cuba. Moh kite ke Perak!
PANTAI BAN PECAH SEMAKIN MERIAH
Теги
pantai ban pecah kuala kuraupantai ban pecah tanjung piandangpantai ban pecah kuala kurau perakpantai ban pecah perakpantai ban pecah parit buntarmancing pantai ban pecahkisah seram pantai ban pecahban pecahkuala kurautanjung piandangban pecah tanjung piandangsiakap ban pecahpantai ban pecahban pecah tanjung piandang perakban pecah kuala kurau perakkuala kurau day tripkuala kurau 美食kuala kurau best foodkuala kurau mancing