Alam gelap dengan kezaliman
Menindas Hamba dan perempuan
Sembah berhala jadi ikutan
Masyarakat dalam kejahilan
Bangsa Arab berpuak puak
Minuman harian ialah Arak
Orang yang kaya menjadi tamak
Menindas yang miskin dan fuqarak
مرحبا يا رابع . مرحبا شهرالأنوار
مرحبا يا شافع بالرحمة والأنوار
Inilah bulan di nanti nanti
oleh semua perindu Nabi
Ahlan wasah lan dari kami
Rabiul Awal yang di berkati
Rabiul Awal bulan bertuah
Lahir nya Nabi penuh berkat
Di utuskan sebagai rahmat
Menyampai risalah penuh hikmah
مرحبا يا رابع . مرحبا شهرالأنوار
مرحبا يا شافع بالرحمة والأنوار
Nabi kita sangat dahulu
Sudah tahu dan berilmu
Sifat dan tanda pada bahu
Insan mulia yang di tunggu
Kedatangan nya sudah pasti
Akan menerangi alam ini
Wajiblah kita mensyukuri
Atas nikmat dari Ilahi
مرحبا يا رابع . مرحبا شهرالأنوار
مرحبا يا شافع بالرحمة والأنوار
Di antara sifat Nabi
Tidak suka meninggi diri
Peluh baginda sangat wangi
Lebih harum dari kasturi
Kepada jua Nabi berjalan
Pastikan ditemani awan
Dari cahaya diciptakan
Tidak pernah ada bayangan
مرحبا يا رابع . مرحبا شهرالأنوار
مرحبا يا شافع بالرحمة والأنوار
Hadis sohih menceritakan
Azab abu lahab di ringankan
Kerana gembira saat kelahiran
Di bebaskan hamba perempuan
Apakah perihal orang beriman
Yang tak pernah syirikan tuhan
Gembira menyambut hari kelahiran
Nabi Muhammad Rasul pilihan
مرحبا يا رابع . مرحبا شهرالأنوار
مرحبا يا شافع بالرحمة والأنوار
Pasti lah syurga yang menanti
Bagi yang mencintai Nabi
Lebih dari diri sendiri
Harta dan jua anak isteri
Kurniakan lah dapat melihat
Wajah mulia Nabi Muhammad
Di dalam mimpi walau sesaat
Agar rindu kami terubat x2
الصلاة على النبي والسلام علي الرسول
النبي الأميي بالريضا والقبول
مرحبا يا رابع . مرحبا شهرالأنوار
مرحبا يا شافع بالرحمة والأنوار
![](https://i.ytimg.com/vi/Ebj7BKHt5po/maxresdefault.jpg)