Episod terakhir Famili Duo menampilkan pasangan suami isteri. Mereka yang bakal membuat persembahan termasuk Aepul Roza & Leez Rosli, Khai & Rosma, Haziq Hussni & Ayunda Putri, Ifa Raziah & Yani serta Loca B & Tuju.
Jangan terlepas menyaksikan persembahan mereka Ahad ini, jam 9 malam di TV3. Anda juga boleh strim langsung di saluran YouTube TV3Malaysia.
Sebagai menutup tirai Famili Duo, panel juri iaitu Mark Adam dan Didie Alias turut menjanjikan sesuatu yang istimewa buat penonton. Uyaina Arshad selaku hos.
![](https://i.ytimg.com/vi/FLUEpUazgKQ/maxresdefault.jpg)