Kebelakangan ni, dua beradik si Kurnia Laisa dan Mustika Laila suka jadi burung kakak tua di rumah.
Hari-hari mesti nak tengok video burung kakak tua. Bercakap pun dah gaya burung. Serupa dalam zoo dah rasa 😅
Sempena cuti sekolah ni, tak boleh jadi.
Bawa juga lah depa jumpa ahli keluarga angkat di KL Bird Park. Biar lepas rindu seketul dua.
Excited tak usah cakap!
Sebelum datang sini, nak tidur pun tersenyum simpul. Aishh, geli hati 🤭
Tak sangkakan, Malaysia ada taman burung terbesar di dunia. 8.5 hektar keluasannya.
Keseluruhan ada 4 zon.
Zon 1 & 2
Kawasan burung terbang bebas. Di sini ada burung merak, bangau, dan jenis burung tropika yang lain.
Zon 3
Taman burung enggang, rumah bagi spesies enggang yang eksotik dan ikonik.
Zon 4
Burung-burung dalam sangkar seperti burung kakak tua dan burung yang tidak boleh terbang seperti burung unta.
Sebelum datang, kami sarapan minuman tenaga dan kenyang dengan Nutrilite Soy Protein. Biar semua semangat.
Maklum lah, jauh nak berjalan dalam ni. Dapat lah hampir 6000 steps. Sekurangnya 4 jam selesai semua zon.
Pastikan bekalan air mineral cukup. Pakaian dan kasut yang selesa. Sebelum datang, isi perut dahulu untuk tenaga.
Kali terakhir saya datang ke sini waktu kecil lagi. Kali ini bawa anak-anak pula menikmati. Buat memori.
Seronok sangat, puas hati. Anak-anak semua happy! Syukur Alhamdulillah untuk rezeki ini 🥰
Sungguh, melihat keindahan ciptaan Allah ini, betul-betul mengunci bibir memuji Ilahi.
_____________________________________
Terima kasih sudi menonton YouTube Channel saya.
Boleh follow saya di social media :
FB : [ Ссылка ]
IG : [ Ссылка ]
TT : [ Ссылка ]
_____________________________________
#ainqaseh #klbirdpark #tamanburung
#tamanburungkualalumpur #birdpark
#vlog #vlogmalaysia #travelvlog #birds
#travelmalaysia #kualalumpur #malaysia
Ещё видео!