Bahasa Jiwa Bangsa. Kenyataan yang biasa kita dengar. Dengan bahasa yang elok akan mencerminkan keperibadian seseorang malah kaum atau bangsa itu sendiri.
Tetapi bukan itu sahaja, bahasa secara keseluruhan menunjukkan kematangan bangsa selaras dengan tamadun dan ketinggian bahasa.
Bahasa Melayu adalah salah satu keluarga bahasa Astronesia selain sebagai lingua-franca, bahasa pertuturan dan perdagangan di Kepulauan Melayu atau Nusantara. Bahasa Melayu sebagai bahasa induk menjadi sumber dan diolah sesuai mengikut linguistik dan sosio-budaya sesuatu negara khususnya Indonesia, Malaysia selain Brunei dan Singapura.
Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu dinamakan bagi bangsa Melayu, manakala Bahasa Malaysia untuk bangsa Melayu di Malaysia.
Negara Indonesia dibangun berdasarkan bahasa dan dipanggil Bahasa Penyatuan. Ini bermaksud Bahasa Indonesia dapat mempersatukan suku bangsa yang berlatar budaya dan bahasa yang berbeza-beza.
Sejarah Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesia lahir pada tanggal 28 Oktober 1928. Pada masa itu, para pemuda dari pelbagai pelosok Nusantara berkumpul dalam Kerapatan Pemuda dan berikrar (1) bertumpah darah yang satu, tanah Indonesia, (2) berbangsa yang satu, bangsa Indonesia, dan (3) menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia. Ikrar pemuda ini dikenal dengan nama Sumpah Pemuda.
Bahasa Indonesia dinyatakan kedudukannya sebagai bahasa negara pada tanggal 18 Ogos 1945 karena pada saat itu Undang-Undang Dasar 1945 disahkan sebagai Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia.
Bahasa Indonesia adalah bentuk standar bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa rasmi Republik Indonesia. Bahasa Melayu yang dipakai di daerah di wilayah Nusantara dalam pertumbuhannya dipengaruhi oleh corak budaya daerah.
Dokumen rasmi pemerintah kolonial Belanda menyebutkan Fasal 28 Peraturan Untuk Pendidikan Dasar Pribumi yang dikeluarkan tahun 1872, menyebut Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar pendidikan dan diajarkan di seluruh Nusantara berdasarkan Melayu Kepulauan Riau meliputi tata bahasa, ejaan, dan ucapannya.
Terjadi pengembangan pesat dalam Bahasa Indonesia termasuk jumlah peningkatan kosa-kata dan penyerapan bahasa daerah Indonesia serta mengadaptasikan semua unsur-unsur tempatan Nusantara, selain unsur pelbagai bahasa, terutama dari bahasa Sanskrit, bahasa Persia, bahasa Arab, dan bahasa-bahasa Eropah. Bahasa Melayu pun dalam perkembangannya muncul dalam pelbagai variasi dan dialek.
Perkembangan bahasa Melayu di wilayah Nusantara mempengaruhi dan mendorong tumbuhnya rasa persaudaraan dan persatuan bangsa Indonesia. Komunikasi antarperkumpulan yang bangkit pada masa itu menggunakan bahasa Melayu.
Pengistiharan kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 Ogos 1945, telah mengukuhkan kedudukan dan fungsi Bahasa Indonesia sebagai bahasa negara. Kini bahasa Indonesia dipakai oleh pelbagai lapisan masyarakat Indonesia, baik di pusat bandar mahupun daerah.
Posisi Bahasa Indonesia pula diidentifikasikan menjadi bahasa persatuan, bahasa nasional, bahasa negara, dan bahasa baku dengan pelbagai fungsi masing-masing.
Bahasa Indonesia telah mencapai kematangannya sejak dari zaman kolonial Belanda sehingga sekarang. Bahasa Indonesia telah menjadi salah satu Bahasa Internasional dan tidak mungkin lagi disebut sebagai Bahasa Melayu cabang Indonesia.
#melayu #rajanalaofficial #bahasamelayu #bahasaindonesia
![](https://i.ytimg.com/vi/G8esexLpyZw/maxresdefault.jpg)