Tradisi Herba, Inovasi Malaysia
Dengan sumber kepelbagaian biodiversiti di Malaysia, Biotropics ditubuhkan untuk memperkenalkan herba Malaysia ke pasaran dunia. Produk berkualiti keluaran Biotropics adalah hasil dari kaedah pengekstrakan yang mengekalkan kandungan bioaktif di dalam produk. Status BioNexus yang telah diberikan kepada Biotropics dari Bioeconomy Corporation pada tahun 2009 membuatkan syarikat ini lebih bersemangat untuk menjenamakan produk ini. Malaysia telah dikenali sebagai salah satu pengeluaran Tongkat Ali yang berkualiti tinggi seiring dengan impian Biotropics untuk menjenamakan dan mengeluarkan produk Tongkat Ali di pasaran dunia.
Saksikan BIO BENAR! enam edisi dokumentari khas yang dibawakan oleh Bioeconomy Corporation dengan kerjasama Bernama dalam mengupas keunikan Malaysia melalui lensa inovasi bioteknologi bersempena Hari Malaysia pada 16 September yang lalu.
![](https://s2.save4k.ru/pic/GUtN7Oxekok/mqdefault.jpg)