The Bukit Gasing Mansion
Location: 3, Jalan 5/64, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Ok‼️versi yg paling popular dan selalu diperkatakan dan aku dengar cerita ini sendiri oleh seorang Pelanggan Hani yang duduk bersebelahan rumah SG ni adalah versi pertama yang cukup popular iaitu seorang Doktor ada menjalinkan hubungan sulit (scandal) , Isterinya bernama Shalini bunuh perempuan scandal suaminya, doktor SG mati terkejut dan si isteri bunuh diri.
👉 Sanjay Gill nama pemilik rumah seorang Doktor Pakar, sebab itu rumah ni ada simbol SG pada hadapan pagar rumah ,ceritanya begini...jeng..jengggg....
Doktor SG ni menjalinkan hubungan sulit sebabnya doktor dan isteri dia sudah lama berkahwin tapi tidak mempunyai anak. Ada yang kata sudah 10 tahun lebih perkahwinan mereka, Punca masalah ni adalah datang dari isteri dia. Si Doktor ni teringinkan anak sangat².Jadi disebabkan perkara inilah boleh dikatakan pasangan suami/isteri ini tiap² hari bergaduh. Bergaduh memekik²hinggakan rumah sebesar itupun bila Ada pergaduhan boleh didengari oleh jiran2, Si isteri alami tekanan perasaan.malam2 meracau ,menjerit seorang diri sampai ada jiran terdengar , Menambahkan lagi tekanan perasaan si isteri ini apabila si isteri mendapat tahu yang suaminya ada scandal dengan nurse atau doktor juga,satu tempat kerja dengan doktor ini..di ceritakan kepada Aku begitulah😊
So....doktor SG jarang² balik, lama kelamaan tak balik langsung rumah ..So si isteri ni siasat la mana suami dia & si perempuan ini tinggal.
Dan Akhirnya dia mendapat tahu maklumat perempuan scandal itu Dan pada suatu hari si isteri menjemput perempuan itu datang ke rumah.Kebetulan si perempuan scandal menerima jemputan isteri doktor SG ini datang dengan memandu kereta model Alfa Romeo warna merah Salah satu kereta yang Hari ini masih Kekal dirumah itu, perempuan itu ke rumah doktor ini tanpa pengetahuan Dr SG .
So bermulalah ....mula2 berbual macam biasa. Lepas tu entah macam mana,pertengkaran terjadi.mungkin, yang si perempuan ni ada cakap sesuatu pada si isteri ini tadi dan apa lagi ,si isteri ini naik marah ,maka terjadi pergaduhan besar dia penggal lah kepala perempuan ni tadi.
Yang kepala perempuan tu pulak khabarnya digantung pada betul² dihadapan pintu utama rumah itu untuk biarkan suaminya nampak nanti
Next, suaminya balik kerja , ternampak kepala scandal dia macam tu ,mati terkejut lah orang kata. Yang si isteri ini pulak bila dia dah tengok suaminya mati, dia pun mengantung diri dia pada balkoni sebelah kanan rumah itu. Mati sudah ketiga² orang itu. Hmmmmmmm cerita nya masih tergantung..selanjutnya apa terjadi rumah SG...sehingga tiada penganti,..masih misteri ❓❓❓
😥😥😥😅😅😅Boleh buat movie ni! Aku dengar auntie-auntie story wahhhh..! excited mendengar😊😊😊😊😊
Ada info mngatakan , cerita ini betul tapi doktor SG bukan berbangsa india/sikh, tapi sebaliknya SG ialah chinese. Mana satu betul itu tidak diketahui,
Percaya atau taknak percaya bergantung. Itu versi yang popular tentang rumah SG saja kongsi sebab kisah rumah ini bagi aku menarik dan aku sangat² serius dan interested nak tahu,kerana Aku kerap melalui hadapan rumah SG itu Dan bila melalui hati tergerak untuk mengetahui cerita didalam rumah itu.
Bagi sesiapa yg tahu real story , komen saja. santai² PKP ni😅.
Tapi lepas habis PKP nak ajak minum kopi cerita tentang SG banglo ini pun ok jugak.😊😊😊😊😉😉😉😉
Ok inilah versi yang paling Aku rasa logik Dan sahih ,baru berberapa hari ini neighbor dikawasan itu call Aku nak order satay ..Aku bergurau tentang rumah SG itu..dia pun story pada Aku berdasarkan apa yang dicerita oleh father dia....father dia banyak menceritakan info yang sama kepada sesetengah pihak yang memang mencari maklumat tentang banglo SG, Father dia cerita rasa lain😊mother dia cerita ambikk Kau ,garam,gula, cili ,kunyit semua masuk😉
👉🆘Rumah SG ni sebenarnya sebuah pusat operasi ataupun gereja Shihan Goh (SG) Academy of Healing Sdn dan Shihan Goh Academy of Omnipotentology. Dr. Shihan Goh atau nama penuhnya Shihan Goh Ban Hin adalah seorang pengamal ilmu pertahanan diri Jiujitsu dan seorang pengkaji bidang spiritual healing macam Yoga dan sebagainya. Beliau menduduki banglo itu pada Tahun 1995. Sebelum itu masih tiada maklumat yang tepat
Beliau ini jugak seorang penulis dan pernah menulis sebuah buku bertajuk The Aquarian Bible, Awakening 1 Dr. Shihan Goh Thru Cosmic Link Omnipotentology The 21st Century Psyche Science diterbitkan pada tahun 2002 dari United States. Berkemungkinan Dr. Shihan Goh ni mati (Tak diketahui) tanpa waris sebab tu rumah ni dan barang-barang dalam rumah tu ditinggalkan begitu saja. Dalam rumah ni penuh dengan simbol 'Ankh' / Salib Kristian Koptik Mesir. Buktinya boleh dilihat dari dokumen-dokumen dan ruang dalam rumah tersebut masih Ada ditinggalkan walaupun banyak pihak yang tidak bertanggung jawab memecah masuk Serta ada pihak2 yang ingin merungkai misteri SG banglo. cerita orang situ
![](https://i.ytimg.com/vi/GntoI-V0V44/maxresdefault.jpg)