📝Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang telah dikorbankan di sebuah Jerunei. Bee dirasuk oleh roh dari jerunei. Timmy mati apabila roh nya disedut Bee yang dirasuk. Dr Sani berjaya menemui mayat isterinya dan penyelidik lain. Hana menemui rekoder kamera milik kumpulan penyelidik sebelum ini disimpan oleh Madui ( Tony Eusof) dan dia dikejar hingga ke hutan. Madui cuba merogol Hana dan apabila Hana lari, Bee seakan-akan merasai Hana dalam bahaya.Ketika Hana ditikam oleh Madui, Bee yang dirasuk pergi menyerang Madui dan menariknya ke kawasan Jerunei. Madui sebenarnya cuba mengambil semua tanah penduduk di kawasan itu.
Bee yang dirasuk mencampak Madui ke lubang di tapak Jerunei tapi dia berjaya lari keluar. Roh-roh tiba-tiba muncul dan dihadapan mereka tersergam kembali bangunan lama itu. Ada flashback bagaimana seorang penduduk lelaki dikorbankan untuk menaikkan jerunei. Kemudian seorang penduduk wanita akan dikorbankan tetapi mereka mengambil waris asal (iaitu budak perempuan yang Bee lihat di jeti ) sebaliknya untuk dikorbankan. Penduduk lain hanya berdiam diri. Waris itu diikat di tiang jerunei dan dibiarkan mati. Madui dan Dr Sani tersedar dari flashback. Bomoh tua Nula ( Ruminah Sidek) datang untuk menolong bersama patung. Dr Sani meminta Bee melepaskan Madui tapi sebenarnya Madui yang membunuh Suraya. Arjuna (Syafie Naswip) datang menerangkan Jerunei memerlukan pewaris. Madui menikam tiang jerunei dan berjaya mengawal roh jerunei untuk mencederakan Bee dan Arjuna. Dr Sani menikam Madui dan berjaya selamatkan Bee dan Arjuna. Hujan turun dan mereka berempat pulang. Roh yang menguasai Jerunei tersenyum kepada mereka dan menghilang. Dr Sani menyiapkan kajian sambil minum di atas buaian. Pihak pemuliharaan budaya berjaya memulihara tapak Jerunei. Scene akhir menunjukkan seorang wanita ( mungkin Hana yang terselamat) melahirkan anak yang mungkin menjadi pewaris Jerunei.
🎬Sumpahan Jerunei (tajuk antarabangsa: Curse of the Jerunei) ialah sebuah filem seram Malaysia 2023 arahan Jason Chong dengan skrip oleh Jason, Sky Khor, Sofia J. Rhyland dan Wendy Wong. Berkisarkan tentang adat bersejarah pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak,[1][2] ia dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri daripada Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Tony Eusoff dan Ruminah Sidek. Ia ditayangkan pada 27 Julai 2023.[3][4]
Sumpahan Jerunei
Pengarah
Jason Chong
Penulis
Jason Chong
Sky Khor
Sofia J. Rhyland
Wendy Wong
Dihasilkan oleh
Nancie Foo
Wendy Wong
Dibintangi
Bront Palarae
Uqasha Senrose
Syafie Naswip
Amerul Affendi
Daiyan Trisha
Tony Eusoff
Ruminah Sidek
Yuyun Hikmah
Sinematografi
Haris Hue Abdullah
Disunting oleh
Heng Yin-Chau
Muzik oleh
Sharon Paul
Syarikat
penerbitan
Produksi Seni 2020
Diedarkan oleh
Primeworks Studios
GSC Movies
Tarikh tayangan
27 Julai 2023 (Malaysia)
Hastag ‼️
1. #filmindonesia
2. #filmnasional
3. #sinemaindonesia
4. #layarlebarindonesia
5. #filmindonesiaterbaru
6. #filmindonesiaboxoffice
7. #filmindonesiakeren
8. #filmindonesiahits
9. #filmindonesialegendaris
10. #filmindonesiaterbaik
11. #filmindonesiaterlaris
12. #filmindonesiaterpopuler
13. #filmindonesiaanimasi
14. #filmindonesiahoror
15. #filmindonesiakomedi
16. #filmindonesiadrama
17. #filmindonesiathriller
18. #filmindonesiaaction
19. #filmindonesiasejarah
20. #filmindonesiaremaja
#horrormovie #horrorfilms #scarymovie #scaryfilms #horror #horrorgenre #horrorbuff #horrorfan #horroraddict #horrorlover #horrornight #horrormovienight #horrormoviebuff #horrormoviefan #horrormovieaddict #horrormovielover #horrormovienight #horrormoviebuff #horrormoviefan #horrormovieaddict #horrormovielover
![](https://i.ytimg.com/vi/Gy2M1VsZzDs/mqdefault.jpg)