Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak menetapkan sebarang kuota bagi pengambilan calon mengikuti latihan perajurit muda TLDM.
Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Laksamana Datuk Syed Zahrul Putra Syed Abdullah berkata penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara sukarela berdasarkan kelayakan ditetapkan.
Beliau berkata demikian selepas Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda ke-222 di Padang Kawad KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Kota Tinggi.
Seramai 545 Perajurit Muda berjaya menamatkan latihan yang diikuti sejak Oktober tahun lalu.
Ещё видео!