Ustaz Wadi Annuar
Kata Imam At-Tarmidzi ada satu bab.. Maja’a Hadis-hadis Rasulullah SAW yang mana ada menerangkan sifat-sifat ciri-ciri sandal Rasulullah S.A.W.
Yang kedua, Ulama ambil tahu pasal capal nabi? Ya.
Salah kah kita ambil tahu pasal capal nabi? X salah.
Kalau kita beli gambar capal nabi sebab nak tengok salah ke? X salah.
Kerana APA? Kerana itu pakaian yang berkait dengan nabi Rasulullah S.A.W. Maka ianya MULIA kerana ia dinisbahkan kepada junjungan kita Rasulullah S.A.W.
Tanah dan debu yang nabi pijak lebih mulia dari diri kita yang tidak tentu lagi boleh masuk syurga ataupun tidak
Sandal atau capal ini bukan niat kita untuk mengagungkan ia kerana ia makhluk juga, Kaabah pun makhluk juga, zamzam makhluk , Baitulmakmur makhluk, maka atas semua benda ini jadi mulia kerana apa? Kerana ianya dimuliakan oleh ALLAH SWT. Bukan atas sebab diri sendiri dia mulia, tidak.
Hadis 74 Qatadah pernah bertanya kepada Saidina Anas Bin Malik, Bagaimana rupa bentuk ciri-ciri sandal Rasulullah S.A.W? Saidina anas bin malik menjawab, Sepasang sandal beliau yang mempunyai tali qibal.
Tali qibal adalah tali yang terletak di bahagian hadapan diantara ibu jari dan jari telunjuk kaki
Di kalangan para2 sahabat para2 ulama para2 tabiin guru2 murid2 mereka sentiasa membincangkan membahaskan tentang sandal nabi sehinggakan sandal Rasulullah S.A.W. pernah dibawa ke Syria yang mana pada ketika itu pusat pemerintahan kerajaan islam berpangkalan di Damsyik,Syria dan dipimpin oleh Umar Abdul Aziz.
Antara barang milik Rasulullah S.A.W. yang disimpan di situ salah satunya adalah capal/sandal Rasulullah S.AW. yang disimpan di dalam Darul Hadith Al-Asyrofiyya (Bukan sepasang yang disimpan malah sebelah/satu pasang sahaja) ukiran bentuk capal/sandal Rasulullah S.A.W. dijadikan corak di dinding-dinding Darul Hadith yang ada disana sehingga hari ini.
Ukiran bentuk capal Rasulullah S.A.W. adalah sesuatu yang diwarisi turun temurun yang dilihat dari mata mereka sendiri yang mana hidup pada zaman Rasulullah S.A.W.
Kata Para Ulama’ Sejarah, Capal Rasulullah S.A.W. yang ‘original’ masih wujud sehingga kurun ke-6 600 Hijrah kekal ada di Darul Hadith Al-Asyrofiyya (pada zaman Imam An-Nawawi) . Dan akhirnya hilang di dalam kebakaran yang berkali-kali yang melibatkan masjid Al-Umawi (masjid yang penuh keberkatan dan banyak melahirkan beribu Guru2 Ulama besar berpangkat Mujtahid dan di dalam masjid ini juga mempunyai kepala Nabi Yahya A.S.).
Isa Ibni Tohman R.A. berkata Anas Ibni Malik R.A. memperlihatkan kepada kami SEPASANG sandal yang tidak berbulu kulitnya, sandal itu memiliki 2 tali qibal. Kemudian Sabit Al Bunani memberitahu, ‘Anas Bin Malik berkata ‘inilah sandal nabi Rasulullah S.A.W.’
Ещё видео!