Tempat makan sedap di Langkawi wajib singgah iaitu Warung Upih Ikan Bakar Seafood Beach Restaurant.. Selain syurga membeli-belah, Langkawi juga syurga makanan bagi food hunter. Banyak tempat makan sedap di Langkawi.Kat langkawi ni banyak tempat makan yang best dan sedap. Cuma kena pandai cari supaya tak kena ‘sembelih’ harga.
Terletak di kawasan yang agak tersorok, ramai yang kurang kenal dengan Warung Upih Ikan Bakar Seafood Beach Restaurant ni. Namun sini la tempat untuk menikmati makanan laut segar sambil mendengar deruan ombak.
Pengunjung suka datang waktu matahari terbenam. Suasana di sini seperti Jimbaran, Bali.
Lokasi Restaurant hanya mudah sahaja:– Warung Upih berada Di Charlie Motel- Bersebelahan Zanie Watersports- Di Pantai Tengah, Langkawi.- Tidak perlu naik bot.
![](https://i.ytimg.com/vi/J4SViBNvGn0/maxresdefault.jpg)