Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan beliau tidak menetapkan apa-apa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk dirinya, sebaliknya KPI itu ditentukan sendiri oleh rakyat.
Perdana Menteri berkata, fokus utama beliau ketika ini adalah untuk memastikan pandemik COVID-19 dihentikan segera.
"Saya tak ada sesiapa beri KPI kepada saya.. tapi rakyat memberi KPI kepada saya. Pertama rakyat ingin melihat isu COVID-19 diselesaikan. Kedua rakyat mahu ekonomi dipulihkan supaya mereka dapat menjalani kehidupan lebih baik berbanding waktu pandemik atau sebelum itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temiubual eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan menerusi televisyen malam ini.
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian
![](https://i.ytimg.com/vi/JfcO7J_nIEM/maxresdefault.jpg)