KEUNTUNGAN mudah yang diraih hasil menjual dadah menyebabkan seorang lelaki tidak serik untuk melakukan kegiatan itu biarpun sudah lima kali dikenakan hukuman penjara dan denda.
Selepas kali terakhir ditangkap kerana bahan khayal itu, lelaki berusia 52 tahun yang layak digelar otai dadah itu bakal kembali ke penjara apabila polis merampas pelbagai jenis dadah ketika menyerbu rumahnya di Kampung Kemat, Jalan Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Ketua Polis Hulu Terengganu, Mohd Adli Mat Daut, berkata serbuan dilakukan di kediaman yang didiami bersama isterinya pada 4.20 petang pada Sabtu, 13 Jun.
Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas wang tunai RM180 dan sebuah Proton Perdana dianggarkan bernilai RM15,000.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif morfin dan memiliki lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news [ Ссылка ]
Please like [ Ссылка ]
Please follow [ Ссылка ]
And also our [ Ссылка ]
![](https://i.ytimg.com/vi/Jq84iZNSa60/mqdefault.jpg)