Selasih Ku Sayang
Ramai peminat setia RTM dalam tahun-tahun 70han pernah didendangkan lagu Selasih Ku Sayang melalui pelbagai saluran Radio RTM waktu itu. Lagu tersebut adalah ciptaan dan gubahan Taib Osman (pemusik RTM) dengan lirik diilhamkan olih Zainal Abas (adik saya Juruhebah RTM waktu itu) dinyanyikan mantan Bintang Radio kebangaan Negeri Terengganu Saudara M.Ibrahim dengan gabungan suara olih biduanita Hafsah Zakaria.
Kedua artis ini anak kelahiran negeri Terengganu. Biduan M.Ibrahim tinggal di Kuala Trengganu manakala biduanita Hafsah Zakaria di Kuala Brang, Ulu Terengganu. Kedua mereka pada waktu itu adalah artis regular Kombo RTM Kawasan Timur di Studio RTM Kuala Terengganu dibawah pimpinan Pemusik Taib Osman (Allahyarham).
[ Ссылка ]
Lagu SelasihKu Sayang kemundiannya memenohi ruang udara radio RTM - dan waktu itu menduduki carta tertinggi buat beberapa minggu.
Kepopularan lagu tersebut telah menguja beberapa artis rakaman untuk merakamkan. Antara mereka bidunita Rafeah Buang (Datin) dan biduan Ahmad Jais (Dato'). Terdapat juga beberapa artis lain menyanyikan ciptaan tersebut melalui pelbagai persembahan Orkestra RTM, dan di beberapa persembahan pentas.
![](https://i.ytimg.com/vi/KOI1Q2Qmc64/maxresdefault.jpg)