Biotropics Malaysia Unjur Perolehan Hingga 3 Kali Ganda
Biotropics Malaysia Bhd. mengunjurkan perolehan jualan bertambah dua hingga tiga kali ganda pada tahun ini.
Ia dipacu oleh potensi pemasaran produk secara dalam talian yang berpotensi meningkatkan penguasaan pasarannya di seluruh negara.
Produk yang berasaskan ekstrak tongkat ali itu, kini menguasai 50 peratus pasaran tempatan.
Manakala bagi pasaran antarabangsa, pasaran terbesarnya ialah Amerika Syarikat diikuti Jepun, Rusia, Singapura dan Brunei.
Selain itu, dalam masa terdekat produk tersebut bakal memasuki pasaran timur tengah dan China dengan adanya platform Zon Perdagangan Bebas Digital, DFTZ.
Pada masa akan datang, Biotropics Malaysia menyasar untuk mengeluarkan barisan produk herba baharu, termasuk misai kucing, kacip fatimah serta daun kesum.
![](https://s2.save4k.ru/pic/KmUMz-EaSAE/mqdefault.jpg)