10 Makanan yang Dapat Tingkatkan Ghairah Seks.
#1 Buah avakado
Dulu, masyarakat Aztec memanggil buah avakado sebagai "buah zakar" kerana bentuknya. Buah avakado adalah sejenis buah peningkat nafsu kerana ia diperkaya dengan lemak tak tepu dan rendah kandungan lemak tepu. Maka, ia bagus untuk jantung. Pengaliran darah yang lancar ke jantung akan mengurangkan risiko mati pucuk.
#2 Kacang badam
Kacang badam terbukti mampu meningkatkan ghairah seks. Ia padat dengan nutrien dan mineral seperti zink, selenium dan vitamin E.
#3 Buah strawberi
Warna merah sebenarnya memberi kesan yang lebih mendalam, tanpa kita sedar. Jika anda memakai dress berwarna merah, pasti lebih seksi. Buah stawberi padat dengan asid folik dan vitamin B yang membantu menghindari kecacatan dalam kelahiran dan meningkatkan jumlah sperma! Buah seksi ini juga mengandungi methlxanthines, yang meningkatkan nafsu. Jom cuba!
#4 Tiram & makanan laut
Dulu, kasanova pada zaman Renaissance makan hampir 50 tiram setiap pagi untuk mengekalkan kehebatan seksnya. Makanan laut atau tiram amat bagus untuk kesihatan seks. Tiram mengandungi zink yang boleh meningkatkan nafsu.
#5 Kerang
Kerang mengandungi dopamin, sejenis hormon yang meningkatkan ghairah seks. Kandungan zink dalam kerang juga sangat tinggi, dan boleh meningkatkan penghasilan sperma dalam badan lelaki.
#6 Coklat
Coklat mengandungi serotonin dan phenylethylamine, sejenis hormon gembira yang boleh menukar mood menjadi lebih positif. Dengan pemanis mulut ini, anda boleh menggoda pasangan sehingga dia gembira dan bersedia ke ranjang!
#7 Pisang
Pisang adalah salah satu buah yang paling bermanfaat untuk suami anda. Ia mengandungi bromelain, sejenis bahan yang boleh meransang potensi seks lelaki. Selain itu, pisang juga padat dengan vitamin B dan potassium, yang melawan stress.
#8 Buah Pelaga
Menurut Doktor Ayurvedic, buah pelaga boleh mengubah mood seseorang untuk menginginkan seks secara tiba-tiba. Tambahan lagi, buah pelaga mengandungi cineole yang merangsang sistem saraf pusat.
#9 Daun saleri
Saleri mampu merembeskan androstenone, sejenis molekul yang merangsang diri untuk terus berjaga. Selepas menguyah daun ini, tubuh anda akan melepaskan hormon pheromones yang menjadikan anda mudah tertarik pada pasangan.
#10 Bawang putih
Bawan putih mengandungi allicin yang membantu melancarkan pengaliran darah ke organ seks. Nanti pasangan boleh bertahan lebih lama, ehem!
Ещё видео!