Selain keindahan alam semula jadi, aktiviti pantai dan tempat membeli-belah bebas cukai, anda juga patut singgah di pasar malam Langkawi. Kenapa anda patut ke pasar malam? Sebab inilah masanya untuk anda menikmati masakan tempatan yang pelbagai.
Bukan itu sahaja, pasar malam di Langkawi ini lain macam auranya. Ini kerana pulau yang terkenal sebagai destinasi percutian ini penuh dengan pelancong. Terutamanya pelancong asing yang ingin mencuba makanan ‘street food’ di Malaysia.
Ratusan lot gerai yang menjual palbagai jenis barangan menarik. Antara salah salah satu sebab kenapa pasar malam ini menjadi tarikan orang ramai adalah kerana terdapat pelbagai jenis makanan dan snek sedap, minuman, pakaian, aksesori, mainan, buah-buahan, dan banyak lagi.
Pasar Malam Kuah adalah yang paling besar dan happening. Ratusan lot gerai menjual pelbagai jenis makanan dan snek. Udang goreng, apam balik rangup, pencuci mulut, nasi kerabu, ice blended dan banyak lagi.
Pasar Malam Kuah terletak di lencongan Putra 3, berhadapan dengan Hotel Baron. Pasar Malam Kuah boleh dikunjungi dalam 2 kali seminggu iaitu setiap malam sabtu dan rabu, bermula pukul 6.00 petang. Kalau anda datang pada lingkungan pukul 10 malam memang banyak makanan sudah habis.
Pasar Malam Kuah
Hari: Sabtu dan Rabu
Waktu: 6.00 petang-10.00 malam
Lokasi: Depan Hotel Baron, Kuah
#pasarmalamkuah #kuahnightmarket #pasarmalamlangkawi #hotelbaron #kuah #pasarmalamterbesardilangkawi #pekankuah #nightmarket #pulaulangkawinightmarket #pulaulangkawi #langkawi #langkawiisland #langkawidutyfree #langkawiislanddutyfree #island #dutyfree #tourism_malaysia #kuahtown #nightmarketkuahtown #tempatmakan #nasilemak #satay #yongtaufo #ayamgoreng #dessert
#foodie #foodhunting #foodreview
#friedfood #seafood #deepfried #fish #prawns #squid #foodphotography #foodstagram #foodiereview #makanmalam #foodieterengganu #foodiegram #instafood #malaysianfood #malaysiafoodie #tourism_langkawi #thehungryfoodie #percutian #cuticuti #foodhunter #foodhunting #2021 #travel2021
#instatravel #travelgram #instagood
#nature #adventure #vacation #visitlangkawi
#travelblogger #happy #visitmalaysia
#travelphotography #cuticutimalaysia
#Hospitality #Hotel #Agoda #Expedia #Trivago #Traveloka #Resort #Booking #Travel #holiday #accomodation #rooms #agency #budget #jalanjalan #vlog #ekenh8r
#gnola79channel #sukamakan #malaysiafood
🌟 My channel are base on how make money on youtube. Every video might not the same but somehow all video has one purpose. How to make money with it.
Ещё видео!