#Channel20sen
Di bukit kota pertahanan ini tidak jauh dari tapak istana terletaknya Batu Hampar yang mempunyai saiz 5 kaki lebar, 5 kaki panjang dan 2 kaki ketebalan. Batu pejal dan padu ini terletak di atas satu lapik yang kukuh kedudukannya.
Batu Hampar ini mengandungi pelbagai versi cerita yang berbeza-beza.
Menurut sumber lain menyatakan bahawa di atas batu hampar itulah beberapa orang penderhaka dan penzina akan ditiarapkan untuk dipenggal lehernya. Sementara darahnya pula ditakung dalam sebuah bekas lalu disiram di sekeliling istana.
Salah seorang yang menjadi korban di situ adalah seorang gadis istana yang dihukum pancung kerana bermukah dengan seorang jejaka luar istana. Darah gadis itu juga disiram di sekeliling istana tersebut.
Namun, kenyataan ini ditentang hebat kerana tempat memancung atau membunuh penderhaka dijalankan di satu tempat lain, iaitu di sebuah bukit yang kini dikenali dengan nama Bukit Hospital.
Di bukit ini terdapat sebatang pokok bunga tanjung berhampiran dengan sebuah telaga. Di pangkal pokok itulah, hukuman bunuh atau penyeksaan dijalankan.
Batu Hampar itu adalah tempat di mana sultan bermain congkak ataupun dam dan bukannya untuk memancung kepala pesalah. Tidak ada seorang sultan pun yang menghukum rakyatnya di dalam kawasan istana.
Batu Hampar itu asalnya adalah batu tambatan bahtera di Pengkalan Batu Buruk yang terletak di kaki bukit berhampiran sungai Selangor.
Batu Hampar itu kemudian dibawa oleh Nakhoda Omar ke pintu masuk Kota Malawati sebagai tempat bermain dam dan congkak atas arahan Sultan Ibrahim.
Sebagai buktinya, di Jugra terdapat juga Batu Hampar yang sama bentuknya. Batu Hampar itu adalah tempat sultan bersemayam ketika menerima pembayaran ufti daripada jajahan takluknya.
Ещё видео!