LIRIK
Benarkah dikhabar akan cinta itu buta?
Kerana saujana ku melihat kan sinarnya
Benarkah perasaan cinta kan membakar diri?
Kerana dingin dan tenteram yang ku nikmati
Rasa cinta agung yang ku miliki ini
Tak mudah ditafsir dalam lirik puitis
Sesekali aku tak tegar menahan rasa
Sebak rindu mendengarkan namanya
Aku manusia biasa
Cinta bukan setulus bibir bicara
Namun secebis cintaku pada Nabiku
Aku pahatkan menjadi cinta luar biasa
Mendengar namanya rindu ini terus mekar
Seperti pertama kali aku jatuh cinta
Andai milikku segala khazanah dunia
Ku bayar sesiapa yang menyebut namanya
Sesekali aku tak tegar menahan rasa
Sebak rindu mendengarkan namanya
Aku hanyalah pendosa
Tiada amalanku yang istimewa
Namun wallahi segalanya tentang dirinya
Aku agungkan
Walau diri hanyalah manusia biasa
Cinta bukan setulus bibir bicara
Namun secebis cintaku pada Nabiku
Aku pahatkan menjadi cinta luar biasa
عليك صلى الله يا خير خلق الله
عليك صلى الله يا خير الأنام
Aku manusia biasa
Cinta bukan setulus bibir bicara
Namun secebis cintaku pada Nabiku
Aku pahatkan
Aku hanyalah pendosa
Ku ada hanya cinta kerna baginda
Agar ku di perhatiannya di alam sana
Untuk bersama sentiasa di sampingnya
Tuhan izinkan ku melihat wajah, kucup tangan kekasih-Mu
Mendengar jawapan salamku dan selawatku kepadanya
Walau memadai dalam mimpiku
(CHORUS)
Wallahi segala-galanya tentang dirinya
***
Nota: Tujuan koleksi ini adalah untuk memudahkan para peminat nasyid khususnya untuk mendapatkan minus one/two (no vocal) yang mungkin digunakan untuk tujuan persembahan, cover suka-suka, latar muzik video dan sebagainya. Semoga usaha ini juga menjadi satu bentuk sokongan kepada lagu-lagu nasyid dan Islamik. Enjoy! 😊👍
Ещё видео!