Setiap daripada kita pasti membaca surah Yassin, tetapi adakah kita memahami maksud surah tersebut dan menghayati kisah atau ibrah yang tertera dalam surah itu?
Habib an-Najar disebut datang dari hujung kampung dalam keadaan tergesa-gesa hendak membela para pembawa risalah itu. Apabila dia dengar sahaja tentang apa yang hendak dilakukan oleh penduduk kota itu, dia telah datang dengan segera dengan misi yang mulia. Dia sedar tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Kisah ini sangat popular dalam surah berkenaan.
Kekuatan dan kekentalan keimanannya diceritakan dalam surah Yassin bermula dari ayat 20. Habib an-Najar tidak pernah gentar dengan halangan dan ugutan daripada terus menyampaikan dakwah. Hatta dia diancam dan nyawa tergadai namun dia istiqamah dengan misi dakwahnya. Dia sedia menerima risiko dihina, dizalimi dan disakiti oleh penduduk negeri yang didatangi itu kerana semata-mata menyampaikan kebenaran agama.
Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: rzn91team@gmail.com
Terima kasih!
----------------------------------------
Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.
Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
di atas nama Mohamad Ridzuan Abdul Majid
e-melkan bukti pembayaran: realridzblog.media@gmail.com / WA +60124372108
Ещё видео!