Tiga maut dalam kemalangan melibatkan 2 lori dan sebuah bas ekspres di KM142 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar Pagoh di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata mereka yang meninggal dunia adalah pemandu bas ekspres itu dikenal pasti sebagai Shuaib K K Mohamed Unny, 50, dari Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, Perak.
Beliau berkata, 2 lagi yang meninggal dunia adalah penumpang bas masing-masing wanita Melayu berusia 20-an dan 50-an, yang belum dikenal pasti identiti kerana dokumen pengenalan mereka belum ditemui dan semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kira-kira 1.15 tengah hari ini berlaku kemalangan tersebut. Siasatan awal mendapati lori kontena yang membawa muatan pallet dari arah Tol Pagoh ke Kuala Lumpur ketika menuruni susur dipercayai bergesel dengan lori tangki di bahagian tepi belakang kiri menyebabkan pemandu lori kontena hilang kawalan.
![](https://i.ytimg.com/vi/ThSE6D0aJ1I/maxresdefault.jpg)