10 ditahan termasuk sembilan anggota agensi penguatkuasa disyaki aktif dalam pengedaran syabu bernilai lebih RM190,000.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka ditahan di Putrajaya dan Johor pada 6 hingga 8 Mac menerusi tiga serbuan.
Modus operandi sindiket adalah menjual semula 50 kilogram syabu yang dirampas dalam satu operasi di perairan Selat Melaka kepada pengedar dadah di utara Semenanjung Malaysia.
Kesemua suspek direman 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ещё видео!