Temuduga Fizikal bagi memasuki Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
PENGUASA BOMBA GRED KB41 / PENOLONG PENGUASA BOMBA GRED KB29 / PEGAWAI BOMBA GRED KB19
Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
1.Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
2.Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
3.Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
4.Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
5.Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
6.Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
7.Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
UJIAN KECERGASAN BOMBA
1.Mengangkat Pemberat Seberat ;
2.Lelaki - 54 kilogram
3.Perempuan - 46 kilogram
4.Menjulang dan menegakkan tangga;
5.Memanjat tangga penyelamat setinggi 16.5 meter; dan
6.Memanjat tali setinggi 4.75 meter.
Ещё видео!