Dalam Surah Al-Kafirun ini Allah SWT menegaskan tentang amal ibadat secara Islam dan menolak sebarang cara penyembahan dan amalan syirik. Ia dengan jelas menyatakan tidak ada tolak ansur dan kompromi untuk mencampuradukkan ajaran agama, terutama dalam soal akidah dan ibadah dengan orang-orang kafir.
Surah ini telah ditujukan kepada kaum Musyrikin kerana orang kafir tersebut tidak mahu menerima seruan dan petunjuk kebenaran yang dibawakan Nabi Muhammmad SAW kepada mereka.
Surah Al Kafirun Sangat Ditakuti Iblis
Kenapa dikatakan Surah Al Kafirun sangat ditakuti iblis kepada mereka yang mengamalkannya? Seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
“Tidak ada dalam Al-Quran yang lebih ditakuti Iblis daripada Qul Ya Ayyuhal-Kafirun, kerana ia adalah tauhid dan pembebas dari kemusyrikan”.
Imam Ja’far berkata “Bacalah 7 kali Surah ini setiap hari bagi menjaga iman. Barang siapa membiasakan diri membacanya pada saat matahari terbit dan terbenam, maka ia akan bebas dari keraguan, kesyirikan dan keyakinan yang buruk”
SURAH AL-KAFIRUN - Surah Yang Sangat Ditakuti Iblis
Recitation: Ustaz Muzammil Hasballah
![](https://i.ytimg.com/vi/UIt2LAmm0E4/maxresdefault.jpg)